Episod KAMI - The Series

KAMI - The Series berbeza daripada siri-siri drama lain kerana teknik penceritaanya. Jika dalam siri-siri lain setiap episod bermula kisahnya dengan bersinambung daripada penghujung episod sebelumnya, dalam siri KAMI episod-episodnya dilihatkan bertindan dengan satu sama lain dalam kesinambungan yang sama. Maka, adanya sebilangan adegan yang diulang tayang dalam episod yang berlainan untuk membantu penceritaan. Lima episod terawal mengisahkan peristiwa hidup kelima-lima watak utama yang berlaku lebih kurang serentak, mulai dengan kisah Lyn di episod pertama diikuti dengan kisah setiap watak lain yang turut menyisipkan beberapa minit kisah Lyn selepas peristiwa dalam episod pertama itu. (Lihat ruangan Pertindanan babak-babak di bawah)

#Siaran pertamaSinopsisArtis yang ditampilkan
15 September 2007Semata-mata untuk mengendali fanzine KAMI serta menggantikan komputernya, Lynn bersusah-payah untuk mendapat wang, sehingga sanggup mengadakan "tuisyen" haram dan membeli dadah. Ketika menghadiri gig yang dipersembahkan oleh kumpulan Bittersweet di kelab istirahat Paul's Place, ibunya terjumpa dadah dalam almari bilik anaknya sendiri.Bittersweet (dalam cerita)1
Meet Uncle Hussain (penutup)
212 September 2007Ali dipindahkan ke sekolah baru yang pelajarnya semua lelaki, dan bercadang untuk menubuhkan satu kumpulan muzik di kalangan pelajar sekolah itu, lebih-lebih lagi menjelang satu pertandingan bakat. Pada hari pertandingan, Ali membalas ejekan seorang penonton dengan bergaduh dengannya ketika kumpulannya tengah bermain. Akhirnya, apabila mereka menjalani hukuman bersama mereka mula menjalinkan hubungan erat melalui minat yang sama—muzik.
Sementara itu, Lyn terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur bersama ibunya yang baru menjumpai dadah dalam almari Lyn.
Bittersweet (dalam cerita1, penutup)
319 September 2007Hubungan Sofie dengan Zarul, seorang lelaki yang ditetapkan oleh ibu bapa Sofie sebagai teman lelakinya, mula retak setelah Zarul melakukan perkara yang menjelikkan Sofie dalam kereta. Tambahan lagi, ibu bapa Sofie pula bercerai — perceraian kedua untuk ibunya. Maka, Sofie mula bertemankan Ali, namun keadaan tidak bertambah baik. Sofie meluahkan rasa tidak puas hati dengan merampas pentas di gig One Buck Short.
Sementara itu, Lyn bergaduh dengan Boy yang menjual dadah kepadanya.
Bittersweet (dalam cerita)1
One Buck Short (dalam cerita1, penutup)
426 September 2007Selama ini, Adii sering bergaul dengan seorang yang belum ditemunya secara muka ke muka, sebaliknya hanya melalui mesej segera di komputer. Mereka berdua berhasrat untuk bersemuka, namun hasrat itu gagal dicapai. Lebih-lebih lagi, Adii tersilap sangka seorang pemuzik di kelab sebagai taman atas taliannya itu. Lama-kelamaan Abu dan Adii kian mesra sesama sendiri.
Lyn pula membantu ibunya bersiap untuk berpindah ke Kuala Lumpur.
Bittersweet1, One Buck Short (dalam cerita1)
Reza Salleh (penutup)
53 Oktober 2007Abu sering membimbangkan bapanya dengan masalah disiplinnya di sekolah dan di rumah. Ini diterukkan lagi dengan kematian abangnya (rakan online Adii dalam episod 4) yang mengenakan tekanan emosi kepada Abu. Dalam episod inilah pemutikan persahabatan Abu dan Ali diceritakan semula.Bittersweet (dalam cerita)1
Moms On Strike (penutup)
610 Oktober 2007Lynn menghadapi kesukaran menyesuaikan dirinya di Kuala Lumpur dan sekolah barunya yang juga dihadiri Sofie dan Adii. Sofie dan Adii cuba sedaya upaya untuk berkawan dengan Lynn sehingga berjaya apabila mereka bertiga terkurung dalam bilik stor sekolah. Dan dari situlah Lynn menemui kawan-kawan lain, termasuk Ali yang merupakan peminat setia fanzinenya.Love Me Butch (penutup)
717 Oktober 2007Kini bersatu dengan empat orang kawan barunya, Lyn gemuruh apabila mereka ingin mengenali identiti sebenar Teka-Teki. Mereka berlima berpakat untuk menghadiri gig di Planet Hollywood pada hujung minggu. Akan tetapi, keghairahan mereka tereganggu oleh kejadian seorang kenalan Abu terlibat dalam kemalangan, diburukkan lagi dengan Abu sendiri ditangkap kerana mencuri di kedai.One Buck Short, Meet Uncle Hussain, The Times (dalam cerita)
Couple (penutup)
824 Oktober 2007Setelah Abu ditahan, hubungan antara empat sahabat lain renggang dan hilang semangat, terutamanya Ali yang bergelut dalam urusan kugirannya. Lynn merasa tertekan kerana perubahan mendadak ini, tetapi akhirnya menunaikan janji untuk membawa fanzinenya ke alam Internet. Meskipun Abu sering tertindas oleh penghuni yang lain dalam pusat pemulihan, namun dia tetap rajin berusaha untuk memperbaiki diri. Akhirnya Abu dikunjungi kawan-kawan dan keluarga, menandakan rasa kasih sayang dan prihatin masih diterimanya.Nitrus (dalam cerita)
Nota1 Bittersweet muncul dalam satu babak yang sama, iaitu babak yang dikongsi oleh kelima-lima episod terawal. One Buck Short turut muncul dalam satu babak sama yang dikongsi episod-episod berkenaan.

Pertindanan babak-babak

Episod 1–5(i) Adii dan Sofie berceloteh di taman apabila Ali dan Abu tiba. Sofie mengecam rupa Abu sebagai pencuri cakera padat di kedai muzik sebelum itu. Namun, mereka berempat terus mengenali sesama sendiri dan berpakat untuk ke gig Bittersweet di Paul's Place.
(ii) Empat sekawan tersebut berseronok di gig Bittersweet yang turut dihadiri Lyn. Ketika melompat-lompat dengan girang, Ali dengan tidak sengaja menyebabkan telefon bimbit Lyn terjatuh lalu mengganggu perasaan Lyn.Episod 2–5Ali dan Sofie perasan Abu senyap-senyap mencuri sekeping cakera padat dalam kedai muzik. Ali enggan menghalang Abu lalu membuat Sofie rasa tidak puas hati dengan sikapnya.Episod 2 dan 5(i) Kelas Abu menyambut kedatangan Ali dengan ejekan.
(ii) Ketika pertandingan bakat, Abu mengejek Ali sehingga mengundang pergaduhan.
(iii) Ali dan Abu dihukum mencuci kereta guru mereka. Persahabatan Ali dan Abu mula berputik apabila mereka berdua berbual mengenai minat terhadap muzik dalam kereta guru.Episod 3 dan 4Ali, Sofie, Adii dan Abu menghadiri sebuah gig One Buck Short di mana Sofie merampas pentas.Episod 4 dan 5Adii bertemu dengan seorang pemuzik yang disalah sangkanya sebagai teman onlinenya.